suria

PM Jepun Umum Rombakan Kabinet 4 Bulan Selepas Ambil Alih Jawatan

TOKYO: Perdana Meneri Jepun pada Jumaat mengumumkan rombakan kabinet kurang dari empat bulan selepas mengambil alih jawatan itu termasuk memperkenalkan jawatan baru timbalan perdana menteri.

Yoshihiko Noda mengambil kesempatan ini untuk memecat dua orang menteri kanan yang sebelum ini memang menjadi bahan kritikan ramai termasuk pembangkang.

Semua menteri kabinet menghadiri mesyuarat jemaah menteri dengan mengemukakan surat perletakkan jawatan masing-masing sebagaimana amalan tradisi apabila perdana menteri berhasrat untuk mengadakan rombakan kabinet.

Keseluruhannya lima menteri telah diganti antaranya Menteri Pertahanan, Yasuo Ichikawa dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Kenji Yamaoka.

Ketua Setiausaha Kabinet, Osamu Fujimura ketika membacakan senarai baru kabinet kepada para pemberita pada Jumaat turut mengumumkan pelantikan bekas pemimpin parti pemerintah, Katsuya Okada, sebagai timbalan perdana menteri - satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dalam hirarki kabinet Kerajaan Jepun.

Beliau akan bertanggungjawab terhadap rancangan pembaharuan sistem keselamatan sosial dan juga sistem cukai.

Okada, 58, sebelum ini pernah memegang jawatan menteri luar Jepun dan juga bekas pemimpin Parti DPJ yang memerintah.

Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang teknokrat yang berpengalaman luas dalam soal pembentukan polisi malah turut terkenal dengan imej bersih dari sebarang korupsi.

Tempata Ichikawa sebagai menteri pertahanan akan diambil alih oleh Naoki Tanaka, 71, suami kepada bekas menteri luar, Makiko Tanaka dan juga menantu kepada bekas perdana menteri, Kakuei Tanaka.

Fujimura turut mengumumkan bahawa Hirofumi Hirano telah dilantik sebagai menteri pelajaran yang baru manakala menteri undang-undang pula akan disandang oleh Toshio Ogawa.

Jin Matsubara adalah menteri hal ehwal pengguna yang baru.

BERIKUT ADALAH SENARAI KABINET BARU JEPUN:

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Katsuya Okada (baru)

MENTERI KEWANGAN:

Jun Azumi

MENTERI LUAR:

Koichiro Gemba

MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI:

Yukio Edano

MENTERI PERTAHANAN:

Naoki Tanaka (baru)

MENTERI ALAM SEKITAR DAN NUKLEAR:

Goshi Hosono

MENTERI UNDANG-UNDANG:

Toshio Ogawa (Baru)

MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI & KOMUNIKASI:

Tatsuo Kawabata

MENTERI KESIHATAN, SUMBER MANUSIA & KEBAJIKAN:

Yoko Komiyama

MENTERI PELAJARAN, KEBUDAYAAN, SUKAN & SAINS:

Hirofumi Hirano (baru)

MENTERI PERTANIAN, PERHUTANAN DAN PERIKANAN:

Michihiko Kano

MENTERI TANAH, PRASARANA, PENGANGKUTAN & PELANCONGAN:

Takeshi Maeda

MENTERI NEGERI (POLISI FISKAL & STRATEGIK):

Motohisa Furukawa

MENTERI POS & HAL EHWAL KEWANGAN:

Shozaburo Jimi

MENTERI KESELAMATAN AWAM, ISU KOREA UTARA, PENGGUNA DAN KESELAMATAN MAKANAN:

Jin Matsubara (baru)

MENTERI PEMBANGUNAN SEMULA BENCANA:

Tatsuo Hirano

SETIAUSAHA KABINET:

Osamu Fujimura

Artikel Sebelum

Artikel Lain