Palang Merah Henti Sementara Bantuan Makanan Ke Somalia - Dunia | mStar

Palang Merah Henti Sementara Bantuan Makanan Ke Somalia

GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (IRCD) berkata, pihaknya menhentikan operasi bantuan makanan di Somalia sementara waktu sehingga pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama terhadap pengedaran bekalan tersebut dengan lebih baik.

Ketua delegasi IRC untuk Somalia, Patrick Vial berkata, keputusan itu dibuat disebabkan oleh pihak berkuasa tempatan telah menyekat bekalan makanan dari disalurkan kepada 240,000 orang di tengah dan selatan Somalia sejak pertengahan Disember lalu.

Beliau berkata pada Khamis bahawa penggantungan itu akan diteruskan sehingga pihaknya diberikan jaminan daripada pihak berkuasa yang mengawal kawasan-kawasan berkenaan di mana pengagihan dilakukan tanpa halangan dan sampai kepada semua orang yang memerlukan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Palang Merah merupakan salah satu daripada beberapa organisasi yang menyediakan bantuan kemanusiaan di beberapa bahagian di Somalia dan dikatakan telah membantu seramai 1.1 juta orang sejak Oktober. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Buru Penjenayah Berbahaya Di Jepun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain