Mercedes-Benz, Kereta Terlaris Di AS - Dunia | mStar

Mercedes-Benz, Kereta Terlaris Di AS

CHICAGO: Mercedes-Benz mengatasi pencabarnya, BMW untuk merangkul gelaran jenama kereta mewah terlaris di Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua pengeluar kereta mewah itu tidak mendedahkan jumlah jualan sehingga semalam tetapi Autodata mengeluarkan anggaran tersebut yang diperoleh menerusi sumber dalam industri berkenaan.

Meningkut anggaran yang dikeluarkan Autodata, jualan Mercedes mencatatkan peningkatan sebanyak 28 peratus pada Disember.

Jualan BMW pula meningkat 16 peratus pada Disember dengan pengeluaran kira-kira 248,073 kenderaan.

Lexus di tempat kedua ekoran penjualannya mencatatkan penurunan 13 peratus kepada 198,552 kenderaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Tiga Pengawal Peribadi Oprah Ditahan

Artikel Lain