suria

Satelit Sistem Pandu Arah China Mula Beroperasi

BEIJING: China kini menjadi saingan kepada sistem rangkaian kedudukan global Amerika Syarikat (AS) apabila mula menyediakan perkhidmatan di negara itu dan kawasan sekitar.

Pengarah pejabat sistem satelit pandu arah China, Ran Chengqi memberitahu pemberita pada Selasa bahawa sistem pandu arah Beidou menawarkan perkhidmatan seperti menentu-kedudukan, pandu arah lalu dan masa.

Ran tidak menjelaskan mengenai siapa sasaran penggunanya namun beliau berkata, Beidou boleh didapati bagi pembangunan dan penyelidikan untuk syarikat asing dan China.

Beidou akan disediakan untuk sebahagian besar rantau Asia-Pasifik menjelang akhir tahun 2012 dan di seluruh dunia pada 2020.

Di China terutama aspek ketenteraan perlu berhati-hati terhadap kebergantungannya pada sistem penentu kedudukan global (GPS) utama AS ditakuti Washington akan menggunakan sistem luar talian secara konflik atau kecemasan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain