suria

Polis Thailand Tembak Mati Enam Pegawai

BANGKOK: Seorang anggota polis di selatan Thailand menembak mati enam pegawainya sebelum menggunakan senjata tersebut untuk menembak dirinya selepas satu sesi minum di kantin sebuah balai polis, kata pegawai polis tempatan pada Selasa.

Insiden yang berlaku pada lewat Isnin di kem peronda polis di wilayah Phatthalung kira-kira 840 kilometer dari selatan Bangkok turut mengakibatkan seorang anggota polis cedera parah.

“Seramai tujuh lelaki dijumpai mati termasuk lelaki yang menembak mati dan seorang lagi lelaki mengalami kecederaan yang kritikal,” kata pegawai penyiasat polis Phatthalung.

Prasit berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti namun kelapan-lapan lelaki menghabiskan masa bersama-sama dengan minum alkohol di kantin di mana mayat mereka dijumpai.

“Pada peringkat ini, kami fikir ia bermotifkan konflik peribadi,” katanya.

Mayat lelaki yang menembak mati ditemui kira-kira 200 meter dari tempat kejadian selepas dia menembak dirinya sendiri menggunakan senjata yang sama untuk menembak rakan-rakannya, kata Prasit.

Polis enggan mengesahkan laporan media tempatan mengenai ketika kejadian kumpulan berkenaan sedang mengadakan sambutan sempena kenaikan pangkat di antara para pegawai itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain