suria

Helikopter Terhempas Dalam Perjalanan Peroleh Hati Untuk Pembedahan

MIAMI: Seorang pakar bedah dan juruteknik dari Klinik Mayo di Florida yang merentasi utara negeri itu bagi mendapatkan hati untuk operasi pemindahan terbunuh apabila helikopter yang dinaikinya terhempas dan turut menyebabkan juruterbang maut, kata seorang pegawai rasmi.

Helikopter itu berlepas dari klinik di Jacksonville kira-kira pukul 5.45 pagi tetapi tidak datang ke Hospital Gainesville, Shands di Universiti Florida, kira-kira 100 kilometer ke barat daya, kata Kathy Barbour, jurucakap untuk Mayo yang berpangkalan di Rochester, Minnesota.

Mereka yang terbunuh adalah pakar bedah hati, Dr Luis Bonilla, juruteknik pemerolehan, David Hines dan juruterbang dimana namanya tidak didedahkan.

Hati yang mahu diambil itu tidak boleh digunakan dalam operasi pemindahan lain kerana keupayaannya sudah tamat tempoh dan pesakit dijadualkan untuk menerimanya sedang menunggu organ baru, kata jurucakap Klinik Mayo, Layne Smith.

Helikopter tersebut terhempas di 12 kilometer timur laut Palatka, kata jurucakap Pentabiran Penerbangan Persekutuan, Kathleen Bergen.

Bandar itu terletak kira-kira 65 kilometer dari timur Gainesville dan kira-kira 72 kilometer selatan Jacksonville. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain