suria

Remaja Australia Bunuh Penuntut India Dipenjara

Nitin Carg. Foto AFP
Nitin Carg. Foto AFP
Nitin Carg. Foto AFP

MELBOURNE: Seorang remaja Australia yang menikam mati seorang penuntut India sehingga menimbulkan kemarahan penduduk India dihukum penjara sekurang-kurangnya selama lapan tahun pada Khamis.

Remaja berusia 17 tahun itu - yang dilindungi identitinya atas faktor usia - mengaku bersalah membunuh dan melakukan cubaan merompak terhadap Nitin Garg, 21, yang semasa itu sedang berjalan di sebuah taman di sini.

Pembunuhan tersebut berlaku di tengah-tengah kejadian serangan terhadap penuntut India di Melbourne pada penghujung tahun 2009 dan awal 2010.

Pembunuhan tersebut mendapat liputan meluas media tempatan India dan sesetengah mereka mengaitkan motif pembunuhan tersebut bersifat perkauman.

Pada masa sama, polis Australia menolak perkauman sebagai motif pembunuhan dan menyifatkan pembunuhan Garg adalah jenayah biasa, meskipun mengakui ada beberapa serangan yang berpunca daripada perkauman.

Hakim Mahkamah Agung Victoria, Paul Coghlan memerintahkan supaya remaja terbabit menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dan tidak dibenarkan untuk menjalani parol sehingga lapan tahun hukuman tersebut berjalan.

“Ini adalah situasi di mana tiada siapa yang menang. Walaupun ia adalah jenayah yang serius, tetapi ia berlaku secara spontan,” kata Coghlan.

Remaja tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa hukuman tersebut dijatuhkan tetapi dilihat mengawal dirinya daripada menangis semasa dibawa keluar daripada mahkamah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain