suria

Jurucakap Taliban Pakistan Nafi Setuju Gencatan Senjata

PESHAWAR: Jurucakap kumpulan Taliban Pakistan menafikan bahawa mereka bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata mahupun sedang berbincang dengan kerajaan.

Penafian tersebut dibuat pada Rabu, selepas serangan terhadap sebuah balai polis yang mengorbankan dua anggota polis.

Jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehasan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di barat laut bandar Dera Ismail Khan.

Pegawai polis, Sohail Khan berkata, sekumpulan pengganas melemparkan bom tangan ke arah Balai Polis Deraban yang membunuh dua anggota yang berada di dalamnya.

Empat lagi anggota polis cedera dalam serangan tersebut.

Kumpulan terbabit kemudiannya merampas senjata, pakaian seragam dan melarikan diri.

Seorang pegawai kanan kumpulan itu sebelum ini menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata sebulan lalu bagi menggalakkan rundingan damai dengan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, identiti pegawai tersebut tidak dinyatakan kerana isu tersebut adalah sensitif. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Artikel Lain