suria

Singapura Digesa Kaji Kuota Pekerja Asing

SINGAPURA: Anggota Parlimen Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) bagi Pasir Ris-Punggol, Gan Thiam Poh mencadangkan supaya Kementerian Tenaga Manusia mengkaji dasar kuota pekerja asing dan mengasaskannya kepada gaji pekerja Singapura dan bukan pada bilangan yang diambil bekerja.

"Ini dapat memenuhi dengan lebih berkesan keperluan rakyat Singapura dan bisnes," kata beliau semasa debat hari kedua ucapan Presiden di Parlimen di sini, Selasa. Pemangku Menteri bagi Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Chan Chun Sing menyentuh skim bantuan bagi golongan miskin dan yang memerlukan di Singapura.

Beliau menegaskan perlunya integrasi sosial dengan penduduk asing dan imigran baru sebagai sebahagian dari populasi Singapura. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain