suria

Letupan Di Turki: Enam Terbunuh

DIYARBAKIR: Sekurang-kurangnya empat anggota polis dan dua orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam satu letupan bom di sebatang jalan raya di tenggara Turki, pada Selasa, kata pegawai keselamatan.

Insiden itu disyaki dilakukan oleh pemberontak Kurdish.

Menurut pihak berkuasa, bom tersebut diletakkan di tepi jalan raya daerah Guroymak yang terletak di wilayah Bitlis, Turki sehingga menyerang sebuah kenderaan polis dalam perjalanan pulang dari satu kejadian menembak.

Tambahnya, seorang wanita dan dua lagi anggota polis turut mengalami kecederaan serius akibat letupan bom itu. –REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain