suria

Letupan Lombong Arang Batu: Kematian Meningkat Kepada 17 Orang

BEIJING: Jumlah kematian terkini daripada letupan lombong arang batu di barat daya China dilaporkan telah meningkat kepada 17 orang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan 28 pelombong arang batu berada dalam syaf ketika letupan berlaku pada Selasa di wilayah Guizhou. Manakala 11 lagi berjaya diselamatkan dan dirawat di hospital.

Laporan awal berkata 13 pelombong terkorban tetapi tiga pelombong yang diselamatkan itu telah meninggal dunia di hospital dan seorang lagi yang ditemui di syaf lombong pada pagi Rabu turut terkorban, sekaligus menjadikan angka kematian meningkat kepada 17 orang.

Bagaimanapun, agensi berita itu tidak menyatakan punca letupan .

Lombong arang batu di China merupakan kawasan perlombongan paling bahaya di dunia walaupun rekod keselamatan industri itu dikatakan telah meningkat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sejak penutupan lombong-lombong kecil yang beroperasi secara haram.

Angka kematian tahunan yang dicatatkan kini adalah kira-kira satu pertiga menghampiri 7,000 mangsa yang pernah dilaporkan pada 2002. - AP

Artikel Sebelum

Tembakan Di Kuari: Dua Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain