suria

Taliban Bunuh Sembilan Polis Di Afghanistan

KABUL: Seramai sembilan orang polis termasuk seorang ketua polis daerah terbunuh dalam dua serangan berasingan militan Taliban pada Khamis di kawasan selatan yang bergolak.

Dalam sebuah serangan hendap yang dilakukan dengan bantuan seorang polis yang berpaling tadah di wilayah Helmand, lapan orang pegawai polis dilaporkan terbunuh.

Kemudian, seorang ketua polis daerah di wilayah Uruzgan terbunuh dan tiga orang lagi cedera parah apabila kenderaan mereka terkena letupan di bom tepi jalan. - AFP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain