Wanita Diculik 18 Tahun Saman Kerajaan AS Kerana Cuai - Dunia | mStar

Wanita Diculik 18 Tahun Saman Kerajaan AS Kerana Cuai

Kisah penculikan Dugard pernah menggemparkan dunia dan diceritakan dalam majalah People. Foto REUTERS
Kisah penculikan Dugard pernah menggemparkan dunia dan diceritakan dalam majalah People. Foto REUTERS

LOS ANGELES: Seorang wanita yang diculik semasa masih kecil selama 18 tahun dan dirogol berulang kali bertindak menyaman kerajaan Amerika Syarikat di atas sebab kecuaian dan mendakawa kerajaan gagal melindunginya daripada penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan seksual.

Jaycee Dugard, yang menulis sebuah buku laris bertajuk "A Stolen Life" berkata kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab terhadap Phillip Garrido semasa dia dilepaskan dari penjara pada tiga tahun sebelum Dugard diculik lelaki itu pada tahun 1991.

Dugard yang menjadi ibu kepada dua anak Garrido melahirkan anaknya di tempat kurungan belakang rumah di mana wanita itu dikurung selama hampir dua dekad.

Wanita itu berkata wang pampasan yang mungkin didapatinya akan didermakan kepada badan amal yang membantu mangsa yang mengalami kes penculikan, kata jurucakapnya.

Dugard berusia 11 tahun apabila dia diculik semasa pulang dari sekolah oleh Phillip Garrido dan isteri, Nancy di South Lake Tahoe, California.

Wanita malang itu diselamatkan apabil pegawai parol Garrido mengesyaki sesuatu yang tidak kena di rumahnya.

Peguam yang mewakili wanita itu berjaya memenangi kes tuntutan pampasan daripada kerajaan negeri Calirfonia pada tahun 2010 manakala pasangan Garrido dipenjarakan seumur hidup bermula Jun lalu 2011.

"Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab parol terhadap penjenayah bermula daripada hari pertama dia dibebaskan pada tahun 1988 sehinngalah hari Dugard diculik," kata kenyataan yang dikeluarkan.

"Jaycee Dugard tidak mahukan wang untuk dirinya," kata jurucakap Dugard, Nancy Seltzer. -AFP

Artikel Sebelum

TimeTech India Mulakan Pengeluaran Di Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain