suria

TimeTech India Mulakan Pengeluaran Di Malaysia

NEW DELHI: Time Technoplast Ltd (TimeTech), India telah mengumumkan yang ia akan menubuhkan operasi pembungkusan perindustriannya di Malaysia pada awal tahun depan.

Syarikat produk polimer terkemuka itu kini sedang membuat laluan ke Malaysia selepas kejayaannya menembusi pasaran Indonesia, China Utara dan Taiwan.

"Projek ini adalah sebahagian daripada wawasan Asia kami. Kami mempunyai rancangan agresif untuk produk pembungkusan perindustrian berasaskan polimer," kata Ketua Perniagaan Antarabangsa Timetech dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Syarikat itu mungkin memulakan pengeluaran pada akhir suku pertama tahun depan.

TimeTech akan menghasilkan produk pembungkusan berkualiti tinggi, termasuk kontena pukal, tong plastik dan kontena untuk memberikan perkhidmatan kepada industri pengguna antarabangsa dan tempatan di Malaysia dan Singapura.

Kumpulan yang beribu-pejabat di Mumbai itu mempunyai kira-kira 40 kemudahan pengeluaran seluruh negara.

TimeTech turut merancang membina kilang pembotolan semula di premis yang sama untuk menyediakan rangkaian meluas produk dan perkhidmatan kepada para pengguna.

Tanpa mengenal pasti lokasi sebenarnya, syarikat berkata kilang Malaysia itu terletak kira-kira 140 km ke selatan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain