suria

Kebocoran Gas Kilang di India: 4 Terkorban

MUMBAI: Empat pekerja kilang farmaseutikal di daerah barat India, Maharashtra, maut manakala lapan yang lain cedera susulan kebocoran gas beracun, menurut pegawai polis daerah itu.

Siasatan awal mendapati gas hidrogen sulfida terlepas ke ruang udara daripada saluran paip di kilang Saintifik Sequent, Boisar, 120 kilometer utara Mumbai.

“10 pekerja kilang yang mengadu loya kini semakin pulih selepas dibawa ke hospital,” kata pegawai polis Boisar sambil menambah kebocoran itu sudah ditangani.

Sementara itu, agensi berita Press Trust of India, melaporkan tiga pengurus kilang berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan. - AFP

Artikel Sebelum

Taufan Roke Landa Jepun, 10 Terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain