suria

Tiga Maut, 54 Cedera Pesawat Terhempas Ke Kawasan Penonton

Pesawat jenis II P-51 Mustang yang terhempas ketika pertunjukan udara di Reno, Nevada.
Pesawat jenis II P-51 Mustang yang terhempas ketika pertunjukan udara di Reno, Nevada.
Pesawat jenis II P-51 Mustang yang terhempas ketika pertunjukan udara di Reno, Nevada.

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 54 lagi cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas ke kawasan tempat penonton ketika pertunjukan udara di Reno, Nevada, Jumaat.

Kira-kira 12 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat Perang Dunia Kedua itu yang dipandu oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun jatuh terjunam berhampiran dengan tempat duduk utama yang penuh sesak.

Seorang lagi saksi memberitahu, juruterbang pesawat malang itu cuba mengelak berlaku lebih banyak kematian dengan tidak melanggar tempat duduk utama.

"Kita bernasib baik kerana ia terhempas di kawasan kotak," kata ketua Persatuan Pelumba Udara Reno, Michael Houghton.

Pesawat jenis II P-51 Mustang yang dikenali sebagai Galloping Ghost itu dipandu oleh pemaju hartanah Florida, Jimmy Leeward, 74.

Rakaman video amatur yang diambil dari tempat duduk utama menunjukkan orang ramai berlari ketakutan ketika pesawat itu jatuh terjunam ke landasan kapal terbang.

Mike Darper yang juga dari Persatuan Pelumba Udara Reno berkata, insiden berlaku ketika juruterbang baru membuat satu pusingan dan dia tiba-tiba meminta bantuan.

Seorang saksi, Ben Cissell bagaimanapun memuji Leeward kerana menganggarkan telah menyelamatkan nyawa 200 hingga 300 orang dengan mengelak daripada melanggar tempat duduk utama.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) turut melancarkan siasatan segera dan akan memberikan angka korban terkini berhubung insiden itu, menurut Houghton.

Artikel Berikut

14 Terkorban Dalam Banjir Di Kemboja

Artikel Lain