suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai AS Selar Iran Berdolak-dalik Tentang Senjata Nuklear

VIENNA: Seorang pegawai senior Amerika Syarikat (AS) menuduh Iran sebagai 'berdolak-dalik dan penipu' kerana keengganan negara itu untuk mengakui secara terbuka mengenai program nuklearnya kepada dunia luar.

Setiausaha Tenaga AS, Steven Chu juga berkata, keputusan terbaru Tehran untuk mengembangkan pengayaan uranium dan memindahkan pusat pengayaan tersebut ke kubu pertahanan di bawah tanah memberikan gambaran akan kesahihan pelan negara itu untuk meghasilkan senjata nuklear.

Chu berkata demikian pada sesi pembukaan persidangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang membabitkan 151 negara di sini, Isnin.

Chu yang jarang mengeluarkan kenyataan lantang mengenai Iran melahirkan kebimbangannya mengenai kebarangkalian negara itu sedang membangunkan senjata nuklear walaupun mereka menafikannya. - AP

Artikel Lain