suria

30 Maut Nahas Pesawat Di Uganda

LUANDA: Pesawat Tentera Udara Angola terhempas awal pagi Khamis di Lapangan Terbang Huambo, di tengah-tengah bandar raya dengan membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, termasuk tiga jeneral tentera, kata pegawai tentera.

Dalam nahas itu, enam terselamat, termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang yang mengalami kesan melecur sebelum dibawa ke hospital tentera untuk rawatan lanjut.

Orang awam turut menjadi mangsa nahas, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, kata sumber.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, pesawat itu berkeadaan baik ketika berlepas, selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku," kata Kapten Jose Goncalves, yang terselamat dalam kemalangan itu ketika ditemui di hospital. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Maut Letupan Bom Kereta Di Iraq

Artikel Lain