suria

15 Maut Letupan Bom Kereta Di Iraq

AL-HAMZA: Satu letupan bom kereta yang disasarkan ke atas sebuah restoran terkenal telah membunuh 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh orang di pekan al-Hamza, selatan Iraq hari ini, kata polis.

Sementara itu, dua orang tentera Iraq terbunuh dan 10 orang lagi cedera apabila sebutir bom yang dilekatkan di sebuah bas tentera meletup di sebuah pangkalan tentera di Habaniya, 85 kilometer dari barat Baghdad.

Bom dan pembunuhan berlaku hampir setiap hari di Iraq lebih lapan tahun sejak kedatangan tentera yang dipimpin Amerika Syarikat. -AFP

Artikel Lain