suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Argentina Bebas Tuduhan Seludup Senjata

BUENOS AIRES: Mahkamah Argentina pada Rabu membebaskan bekas Presiden, Carlos Menem hari daripada tuduhan terbabit dalam penyeludupan senjata api ke Croatia dan Ecuador pada 1990-an.

Menem, yang menjadi presiden dari 1989 hingga 1999 dan kini adalah senator boleh menghadapi hukuman sehingga 12 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Beliau dituduh menyeludup keluar dengan kapal 6,500 tan senjata api ke Croatia dan Ecuador menerusi Panama dan Venezuela.

“Carlos Saul Menem kini dibebaskan daripada dakwaan terhadapnya," kata hakim perbicaraan yang bermula sejak Oktober 2008.

Dalam kes sama, 17 orang yang turut didakwa termasuk bekas menteri, pesara pegawai tentera dan pengeluar senjata. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain