suria

Anak Gaddafi Dalam Tahanan Rumah di Niger

WASHINGTON: Saadi, anak bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, yang tiba di Niger hujung minggu lalu kini dalam tahanan di sebuah kediaman kerajaan, menurut Jabatan Negara, Amerika Syarikat.

“Kami difahamkan beliau ditahan di rumah tetamu negara dan adalah penting untuk Niger dan TNC bersama menyelesaikan perkara itu," kata jurucakapnya, Victoria Nuland, merujuk kepada Majlis Peralihan Kebangsaan iaitu kerajaan sementara Libya.

Saadi, 38, anak lelaki ketiga Gaddafi, tiba di Niger Ahad lalu dalam konvoi bersama beberapa bekas anggota rejim yang ditumbangkan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain