suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Terkorban Dalam Banjir Di Kemboja

PHNOM PENH: 14 rakyat Kemboja, di mana separuh daripadanya adalah kanak-kanak, menjadi mangsa korban banjir sejak beberapa hari lalu, kata kenyataan rasmi negara itu, Jumaat.

Pegawai Jawatankuasa Kebangsaan untuk Pengurusan Bencana, Keo Vy memberitahu AFP, peningkatan paras air secara mendadak telah menenggelamkan sebahagian besar negara itu termasuk di kawasan bandar dan sawah padi.

Lima kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah di antara 11 mangsa yang terbunuh di wilayah tengah Kampong Thom sejak beberapa minggu lalu, manakala seorang gadis berusia 13 tahun mati selepas terjatuh ke dalam banjir di wilayah Siem Reap.

Katanya, seorang kanak-kanak dan wanita turut dilaporkan mati lemas akibat banjir di utara wilayah Preah Vihear.

Kementerian Sumber Air dan Meteorologi Kemboja pada Khamis mengeluarkan amaran bahawa sistem tekanan rendah yang berlaku di Laos dan Thailand akan mengakibatkan hujan lebih lebat dan peningkatan paras air.

Keo Vy berkata, sekurang-kurangnya 12 mangsa dilaporkan terbunuh ketika sungai Mekong dilanda banjir, bulan lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Maut Letupan Bom Kereta Di Iraq

Artikel Lain