suria

Serangan Bom Di Majlis Puak Syiah Ragut 15 Nyawa

BAGHDAD: Seramai tiga orang terkorban manakala 15 orang yang lain cedera apabila sebiji bom yang dipasangkan ke sebuah kereta polis meletup dalam satu majlis pengikut Syiah, demikian menurut pihak berkuasa.

Kejadian pada Sabtu itu merupakan serangan serupa yang ketiga dilakukan sejak dua hari lalu ketika puak Syiah menyambut majlis ulang tahun kelahiran Imam Mohammed al-Mehdi yang menjadi upacara tahunan mereka.

Kebanyakan mangsa terkorban dalam serangan yang berlaku berdekatan sebuah pos kawalan di Kerbala itu adalah terdiri daripada anggota polis dan pegawai majlis wilayah.

Dalam satu kejadian berasingan, pihak polis memberitahu pemberita bahawa sebuah kereta yang dipasangkan bom meletup di tempat letak kereta di sebuah Hospital dekat Karbala dan mengorbankan empat nyawa dan mencederakan 20 orang. -REUTERS

Artikel Lain