suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Mafia Seludup Dadah Berjaya Ditangkap

ROME: Berpuluh suspek penyeludup dadah dari kumpulan mafia Ndrangheta telah ditahan dalam satu operasi yang dilakukan di Itali, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS), demikian menurut pihak polis pada Khamis.

Detektif AS dan Itali berkerjasama untuk menangkap rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang menyeludup kokain dari Amerika Latin ke Calbria di selatan Itali melalui AS, kata polis.

Dadah yang diseludup itu kemudiannya diedarkan di seluruh Itali dan beberapa negara lain.

Kebanyakan suspek ditangkap di kawasan Calabria yang menjadi kubu kumpulan mafia tersebut, di Sicily, Rome dan juga Milan.

Lima waran tangkap di Eropah dikeluarkan untuk menangkap suspek di Sepanyol dan Belanda manakala tiga waran dikeluarkan di Colombia, AS dan Venezuela membolehkan suspek ditangkap dan diserah balik ke negara asal mereka.

Tangkapan peringkat ketiga itu dibuat untuk memecahkan rangkaian penyeludupan dadah tersebut.

Kumpulan 'Ndrangheta merupakan salah satu daripada empat kumpulan sindiket dadah terancang yang berpengaruh di beberapa negara di barat dan utara Eropah, benua Amerika dan Australia malah kegiatan mereka sukar ditumpaskan oleh pihak berkuasa. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain