suria

Gunung Berapi Di Sulawesi Meletus: Ribuan Penduduk Terjejas

JAKARTA: Sebuah gunung berapi di Indonesia, Gunung Lokon meletus lalu mengeluarkan batu, lava dan kepulan asap setinggi beberapa ratus meter ke udara pada Khamis selepas beberapa hari amaran mengenainya dikeluarkan.

Letupan berlaku pada pukul 10.31 malam waktu tempatan di kepulauan Sulawesi dengan seramai 4,400 orang penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lain.

"Gunung berapi meletus dengan kuat dan meluah batu, pasir, dan asap setinggi 1,500 meter ke udara," beritahu ahli penyelidik gunung berapi kerajaan, Kristianto kepada pemberita.

Rumput dan pokok yang berada dalam 500 meter dari gunung berapi itu terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, katanya.

"Tiada kekecohan kecemasan berlaku kerana komuniti berhampiran gunung berapi telah diberitahu tentang situasi itu dan kaami sedang terus memindahkan penduduk," kata Kristianto.

Tahap bahaya gunung berapi itu sampai dikemuncaknya pada hujung minggu lalu apabila ia memuntahkan asap stinggi 500 meter ke udara yang menyebabkan zon pemindahan sepanjang 3.5 kilometer dari lokasi gunung berapi dibuat.

Sebanyak 28,000 orang penduduk tinggal di kawasan yang perlu dikosongkan itu.

"Terdapat satu letusan berlaku pada awal Jumaat namun ia tidak seteruk letusan yang berlaku pada malam Khamis," kata Ketua Pengurusan Bencana utara Sulawesi, Hoykee Makarawung. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain