suria

Lima Orang Awam Terbunuh Selepas Van Meletup

KABUL: Sebuah van meletup selepas terkena periuk api menyebabkan lima orang awam terbunuh, demikian menurut seorang jurucakap kerajaan wilayah Helmand, Jumaat.

Jurucakap kerajaan wilayah Helmand, Daud Ahmadi berkata seorang orang awam juga tercedera pada kejadian tengahari Khamis itu, dekat Sangin yang menjadi kawasan terbanyak serangan ke atas tentera Amerika Syarikat dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Mereka terbunuh pada hari yang sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan jumlah orang awam yang terbunuh di sepanjang enam bulan pertama tahun 2011 telah meningkat sebanyak 15 peratus.

Misi PBB di Afghanistan berkata pemberontakan mencatat 80 peratus daripada jumlah kematian orang awam sejak enam bulan lalu dan tentera NATO mencatatkan peratusan sebanyak 14 peratus.

Ketika ini, Nato sedang menyiasat dakwaan bahawa enam orang awam terbunuh dalam operasinya yang mensasarkan kumpulan Al-Qaeda di timur negara ini. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain