suria

Protes Anti China Di Vietnam Dihentikan Polis

HANOI: Satu tunjuk perasaan anti China pada Ahad berjaya diberhentikan oleh polis Vietnam yang kemudiannya menahan sekurang-kurangnya 10 orang yang menyertai perhimpunan itu.

Tunjuk perasaan itu merupakan salah satu daripada beberapa siri protes terhadap China berkenaan isu di Laut China Selatan antara China, Vietnam dan Filipina.

Menurut wartawan agensi berita AFP, polis yang berpakaian biasa menahan penunjuk perasaan sejurus mereka berkumpul di persekitaran kedutaan vhina di Hanoi.

tunjuk perassan jarang berlaku di Vietnam namun sejak lima minggu lalu beberapa tunjuk perasaan diadakan berturut-turut bagi membantah tindakan China di perairan Laut china Selatan. -AFP

Artikel Lain