suria

Pyongyang Ancam Serang Seoul

SEOUL: Korea Utara mengugut akan melancarkan serangan terhadap Korea Selatan walaupun pegawai kerajaan daripada kedua-dua buah negara bertelagah itu dijadualkan berjumpa untuk projek pelancongan yang dirancangkan.

Seorang jurucakap kerajaan Korea Utara yang tidak mahu namanya disiarkan mengeluarkan amaran itu pada Rabu melalui media tempatan.

Pyongyang menuduh unit tentera Seoul membuat tindakan yang merosakkan imej Korea Utara.

Menurut jurucakap itu lagi, tindakan Korea Selatan dengan jelas menunjukan satu pengisytiharan perang dan tenteranya akan membuat tindakan balas di atas nama perang menegakkan nama negara.

Ancaman dari Korea Utara itu dibuat beberapa jam sebelum dua negara Korea itu dijadualkan berjumpa untuk kes rampasan aset milik Korea Selatan dalam satu projek pelancongan di sebuah tempat peranginan kawasan tinggi dekat Korea Utara. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain