suria

Lagi Kes Ibu Bakar Bayi Dalam Ketuhar

CALIFORNIA: Polis daerah Sacramento pada Selasa menahan seorang wanita berusia 29 tahun dalam siasatan kematian bayi perempuanya yang melecur kerana diletakkan dalam ketuhar gelombang mikro.

Ka Yang ditahan tanpa ikat jamin di penjara Sacramento County kerana disyaki membunuh dan mendera bayinya.

Wanita itu ditahan tiga bulan selepas Mirabelle Thao-Lo, bayi yang pada masa itu berusia enam minggu ditemui mati di rumah keluarganya pada 17 Mac.

Polis memberitahu bayi malang itu mengalami kecederaan melecur yang teruk manakala pegawai polis, Laura Peck menjelaskan penahanan dibuat selepas satu jangka masa yang lama kerana penyiasat perlu menyiasat punca kematian dengan melihat kes-kes berkaitan.

Penyiasat menjumpai tiga kes yang sama di Amerika Syarikat di mana kesemua bayi mati selepas dibakar dalam ketuhar gelombang mikro iaitu di Ohio, Texas dan Virginia.

Menurutnya polis tidak mengetahui sebarang motif di atas tindakan itu dan mengatakan Yang munkin tidak akan diwakili peguam.

"Sistem kehakiman akan membuat keputusan sama ada keadaan mental Yang namun setakat ini tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di rumah keluarga itu semasa kejadian," Kata Peck.

Suspek mempunyai tiga orang anak lain yang kesemuanya berumur kurang daripada 7 tahun dan mereka telah dipindahkan ke rumah saudara mereka selepas bayi itu dijumpai. -AP

Artikel Lain