suria

Syria Guna Helikopter Tempur Lawan Penunjuk Perasaan

AMMAN (Syria): Tentera Syria buat pertama kalinya melepaskan tembakan menggunakan helikopter tempur bagi meleraikan tunjuk perasaan pro demokrasi yang telah diadakan sejak tiga bulan lepas, demikian menurut seorang saksi.

Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, beberapa buah helikopter melepaskan tembakan di sini selepas anggota tentera di darat membunuh lima penunjuk perasaan.

"Sekurang-kurangnya lima buah helikopter terbang melepasi kawasan Maarat Al-Numaan dan mula melepaskan tembakan menggunakan senapang automatik untuk meleraikan perhimpunan yang dihadiri berpuluh ribu penunjuk penunjuk perasaan," kata seorang saksi menerusi telefon.

"Penduduk menyembunyikan diri di kawasan ladang, bawah jambatan dan di rumah mereka, namun tembakan terus dilakukan ke jalan raya berjam-jam lamanya," kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nawaf.

Stesen televisyen tempatan Syria pula memberi laporan yang berlawanan dengan kenyataan tersebut dengan menyalahkan kumpulan kumpulan anti kerajaan

Stesen itu langsung tidak menyentuh tentang serangan helikopter tersebut namun mengatakan helikopter ambulan telah diserang oleh "pengganas" bersenjata di Maarat dan menyebabkan beberapa anggota keselematan tercedera.

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk Presiden Syria, Bashar Al-Assad namun Russia yang mempunyai kuasa veto enggan turut serta dalam tindakan itu.

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan Menteri Luar Negara Walid Al-Moualem menulis surat kepada Majlis Keselamatan PBB menuduh pihak pembangkang mencetuskan keganasan dan mensabotaj kerajaan manakal kerajaan asing memberi pendapat mengikut "maklumat yang tidak tepat".

Stesen televisyen tempatan sebelum itu mengatakan "pengganas" bersenjata membakar banggunan polis dan membunuh anggota pasukan keselamatan dekat wilayah Maarat. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain