suria

UNHCR Terima Perjanjian Bertukar Pelarian Australia-Malaysia

MELBOURNE: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini menerima cadangan bertukar pelarian antara Australia dan Malaysia selepas mendapati kerajaan Australia membuat beberapa perubahan yang signifikan.

Australian Associated Press dalam laporannya memetik Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) sebagai berkata, agensi itu aktif dalam perbincangan dengan Australia dan Malaysia berhubung cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut.

"Perbincangan terkini UNHCR berkenaan isu itu adalah berkaitan draf khusus MoU dan perinciannya telah dikeluarkan oleh televisyen Australia pada malam Khamis lepas," kata organisasi itu dalam satu kenyataan.

UNHCR sebelum ini mengecam cadangan itu yang mana Australia akan menghantar 800 pelarian yang tidak sah ke Malaysia untuk diproses dan menerima 4,000 pencari suaka yang telah didokumentasi.

Organisasi itu berkata perjanjian tersebut memungkinkan Australia melanggar obligasinya mengikut Konvensyen Pelarian 1951, kerana perlindungan terhadap pelarian yang dihantar ke Malaysia mungkin tidak memenuhi standard hak asasi manusia. UNHCR-SUAKA 2 (AKHIR) MELBOURNE Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, UNHCR berkata ia mengharapkan draf akhir perjanjian akan memastikan pelarian terbabit diberi perlindungan hak asasi manusia sewajarnya.

"UNHCR menggesa agar pertimbangan khas dan perlindungan sewajarnya diberi kepada kumpulan yang lemah termasuk kanak-kanak yang bersendirian," kata agensi itu

UNHCR juga mengalu-alukan kenyataan Menteri Imigresen Australia Chris Bowen yang berkata keputusan mengenai kanak-kanak bawah umur yang tiba secara bersendirian akan dibuat satu persatu mengikut kes.

"Ini adalah prinsip berkaitan perlindungan yang amat penting bagi UNHCR yang mana kami terus bincangkan dengan kedua-dua kerajaan," kata organisasi tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain