suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tauge Punca Penularan E.Coli

HAMBURG: Penularan E. coli di Eropah disebabkan cambah yang dihasilkan sebuah ladang organik di Jerman, kata pegawai pertanian ketika angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 22 orang manakala lebih 2,200 orang lagi jatuh sakit.

Menteri Pertanian Lower Saxony, Gert Lindemann, berkata ujian awal menunjukkan tauge dan cambah jenis lain dari ladang di kawasan Uelzen, di antara bandaraya Hamburg and Hannover, mempunyai kaitan dengan jangkitan di lima negeri.

"Terdapat lebih banyak petunjuk sejak beberapa jam lalu yang meletakkan tumpuan kepada ladang ini," katanya.

Banyak restoran terbabit dalam penularan E. coli itu menerima bekalan cambah berkenaan yang selalunya digunakan dalam sajian salad. - AP

Artikel Lain