suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pangkalan Udara U-Tapao, Pattaya Dicadang Sebagai Pusat Pengurusan Bencana Alam

BANGKOK: Bangkok akan mencadangkan supaya pangkalan udara U-Tapao di Pattaya sebagai pusat pengurusan bencana alam pada mesyuarat dua hari Menteri-menteri Luar Asia-Eropah ke-10 (Asem FMM) di Budapest, bermula Isnin.

Thailand juga akan mencadangkan supaya pangkalan itu yang terletak 140km di tenggara Bangkok sebagai pusat latihan serantau, menurut satu kenyataan Jabatan Penerangan, Kementerian Luar Thai.

Cadangan itu dibuat sebagai usaha untuk menyokong dan melengkapkan Pusat Koordinasi Asean bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA) di Indonesia dan juga sebagai stok simpanan makanan bagi Program Makanan Dunia (WFP) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Malaysia.

Cadangan Thailand itu mengulangi peranan aktif Bangkok dalam bidang jaminan bekalan makanan selain pengurusan bantuan kemanusiaan dan bencana alam.

Empat puluh empat anggota negara dari Eropah dan Asia akan menghadiri mesyuarat yang bertemakan "Bekerjasama Dalam Menangani Cabaran Keselamatan Bukan Tradisional".

Mesyuarat itu akan membincangkan cabaran keselamatan bukan tradisional seperti pengurusan jaminan bekalan makanan dan tenaga, perubahan iklim dan bencana alam.

Asem ditubuhkan pada 1996 sebagai satu forum bagi pemimpin Asia dan Eropah untuk bertemu dan berbincang berhubung cara untuk mengukuhkan dan memperluaskan lagi hubungan selain menggalakkan persefahaman di kalangan mereka dan di antara dua rantau itu.

Menteri Luar Thai Kasit Piromya akan menghadiri mesyuarat itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain