suria

Perbincangan Gagal Akhiri Protes Mesir

KAHERAH: Penunjuk perasaan pro-demokrasi terus berhimpun di Dataran Tahrir selama 14 hari berturut-turut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda meredakan protes berikutan perbincangan yang berlangsung sehari sebelumnya antara kerajaan dan kumpulan pembangkang.

Penunjuk perasaan masih berkumpul di Dataran itu pada Isnin sementara rutin kehidupan di kawasan lain perlahan-lahan kembali ke normal.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan bahawa lalu lintas di jalan-jalan raya semakin meningkat sementara para peniaga mula membuka semula kedai masing-masing.

"Terdapat banyak sentimen umum popular di Kaherah dan Mesir secara keseluruhannya mengenai apa yang cuba dicapai penunjuk perasaan tersebut. Tapi pada masa sama, orang ramai cuba kembali kepada kehidupan normal mereka," katanya.

"Bagaimanapun sebahagian pusat membeli-belah, contohnya masih tutup disebabkan takut dirompak dan semalam bank dibuka untuk beberapa jam sahaja," tambahnya.

Kereta kebal juga terus mengawal bangunan kerajaan, kedutaan dan institusi penting dalam bandar itu.

Artikel Sebelum

Rusia Usir Wartawan British

Artikel Lain