suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu Maut, Lima Cedera Dalam Pertempuran Di Sempadan

BANGKOK: Seorang maut, manakala lima lagi cedera selepas pasukan tentera Thailand dan Kemboja berbalas tembakan berhampiran daerah pertikaian Wat Preah Vihear di kawasan sempadan, beberapa jam selepas kedua-dua negara bersetuju mencari penyelesaian secara aman.

Menteri Kesihatan Awam Jurin Laksanawisit berkata seorang penduduk tempatan Chareon Phahom, 59, terbunuh selepas kampungnya di daerah Kantaralak dalam wilayah Si Sa Ket berhampiran kawasan pertikaian, terkena serangan peluru mortar.

Lima anggota tentera Thailand di kawasan itu cedera dalam insiden 3 petang waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

"Kami terpaksa membalas tembakan selepas diserang. Kami melepaskan tembakan amaran sebelum membalas serangan tersebut," kata Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, Jumaat.

Beliau berkata pertempuran di sempadan terhenti pada kira-kira 7 malam.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain