suria

Larry Hagman Akan Kembali Membawa Watak JR Ewing

NEW YORK: Larry Hagman yang dikenali di seluruh dunia dengan watak jahat dan playboy JR Ewing dalam siri popular "Dallas" di tahun 1980an mengumumkan dia akan kembali ke Southfork Ranch bagi memegang watak itu semula tidak lama lagi.

Turut kembali membintangi "Dallas" versi baru itu ialah dua bintang asal yang lain iaitu Linda Gray yang memegang watak Sue Ellen, isteri kepada JR dan Patrick Duffy yang akan kembali sebagai adik JR, Bobby.

Hagman kini berusia 79 tahun.

"Dallas" menjadi siri kegilaan ramai dari tahun 1978 hingga ke tahun 1991 dalam rangkaian stesen televisyen CBS.

Siri "Dallas" versi baru pula akan memberi fokus kepada generasi kedua keluarga Ewing yang bertelagah siapa yang sepatutnya mengetuai empayar minyak keluarga itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain