suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu Mati Dalam Pertempuran Antara Tentera Thai Dan Kemboja

BANGKOK: Seorang tentera Thai terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran terbaru hari ini antara tentera Thai dan Kemboja berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Jurucakap tentera Thai, Kol Sansern Kaewkamnerd berkata Sarjan Wuthicharin Chartkamdee terbunuh dalam kejadian berbalas tembak selama kira-kira 40 minit yang bermula 6.40 pagi, Sabtu.

Pertempuran berlaku di sekitar kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yang menjadi rebutan kedua-dua negara, berhampiran kuil Preah Vihear yang dibina pada kurun ke-11. Pertempuran turut berlaku di kawasan yang sama semalam yang mengorbankan seorang orang awam dan mencederakan lima tentera Thai.

Bangkok mendakwa Phnom Penh telah melanggar kedaulatan dan wilayah Thai.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sedang bermesyuarat dengan pegawai keselamatan kanan dan hal ehwal luar Thai di sini.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain