suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persaudaraan Islam Mesir Ragu Rejim Hosni Mubarak Mahu Berubah

KAHERAH: Kumpulan Persaudaraan Islam (MB) pada Isnin ragu dengan hasrat rejim Presiden Hosni Mubarak mematuhi syarat-syarat pembaharuan selepas mengadakan perbincangan bagi menamtkan krisis politik terburuk negara itu.

Jurucakap kumpulan berkenaan memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera, mereka tidak percaya kerajaan akan membuat sebarang perubahan seperti yang dikehendaki dan pada masa yang sama jutaan penyokong prodemokrasi terus berhimpun di bandar-bandar utama di seluruh Mesir.

Protes yang masuk hari ke-14 dengan tumpuan di lokasi utama iaitu Dataran Tahrir bagi mendesak Hosni yang memerintah negara itu selama 30 tahun supaya berundur.

Stesen televisyen Mesir berkata, Naib Presiden yang bari dilantik Omar Suleiman, pada Sabtu mula mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dalam usaha memastikan satu pilihan raya yang bebas dapat diadakan tanpa meminda Perlembagaan.

Artikel Sebelum

Rusia Usir Wartawan British

Artikel Lain