suria

Lanun Tahan Anak Kapal Lebih Lama

NAIROBI (KENYA): Pakar menyatakan lanun Somalia kini menahan kapal dan anak kapal dua kali ganda lebih lama berbanding yang dilakukan 18 bulan lalu.

Cyros Mody dari Biro Maritim Antarabangsa berkata, kapal dan krew yang dirampas pada suku pertama 2009 secara purata ditahan selama 55 hari, manakala kejadian pada 2010 menyaksikan mereka ditahan lebih 100 hari.

Aliran terbaru ini menyebabkan berlaku pertambahan dalam situasi tebusan di Somalia, iaitu 508 anak kapal daripada 22 kapal.

Tahanan paling lama melibatkan sepasang warga Britain, Paul dan Rachel Chandler yang ditahan selama 388 hari.

Lanun-lanun dilihat menahan tebusan dengan lebih lama bagi mendapatkan wang tebusan yang lebih tinggi.

Pakar, Roger Middleton berkata, jumlah tebusan $9.5 juta (kira-kira RM29 juta) dan $7 juta (RM21 juta) dilihat sebagai jumlah yang berpatutan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain