Selangor uruskan penghantaran mayat amah ke Indonesia - Dunia | mStar

Selangor uruskan penghantaran mayat amah ke Indonesia

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengurus dan menanggung kos untuk menghantar mayat amah Indonesia, Mantik Hani, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera majikannya baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menghubungi pihak kedutaan Indonesia berhubung hal itu dan urusan menghantar mayat itu akan dilakukan dalam masa tiga hari lagi.

"Kerajaan Selangor juga akan memberikan sedikit saguhati kepada keluarga mangsa sebagai tanda simpati atas kejadian yang menimpa warga Indonesia itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Mantik Hani, 36, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada 20 Oktober lepas dipercayai akibat didera oleh majikannya meninggal dunia kelmarin selepas enam hari dirawat.

Pada 20 Oktober lepas, mangsa ditemui dalam keadaan 'nyawanyawa ikan' dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Polis menyelamatkan pembantu rumah itu pada 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu daripada seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek, dan terus menghantar wanita berkenaan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop hari ini mengesahkan reman lelaki yang merupakan majikan kepada pembantu rumah itu disambung tujuh hari lagi.

Berikutan kematian mangsa, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Politik Thailand heret negara anggota Asean

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain