suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 tahun jadi pemuas nafsu bapa, gadis 15 tahun dirogol pula abang kandung selepas mengadu nasib

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan hidup dalam keadaan menderita apabila dia dirogol oleh bapanya selama dua tahun.

Lebih malang, mangsa yang berusia 15 tahun turut dirogol oleh abangnya selepas dia mengadu tentang perbuatan bapanya.

Menurut polis, keluarga itu menetap di sebuah kampung di daerah Shivpuri, Bhopal, India.

Bapa mangsa berusia 56 tahun, manakala suspek kedua yang juga abangnya baru berusia 19 tahun.

Selain dirogol, mangsa mendakwa abangnya turut merakam perbuatan jijik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut selepas dirogol, dipaksa minum racun oleh jiran... Penduduk kampung serang suspek, belasah dengan buluh

Menurut pegawai bertugas di Balai Polis Dinara, Vinod Bhargav, kedua-dua suspek telah ditahan selepas mangsa dibawa oleh suadaranya untuk membuat laporan berkaitan kes berkenaan.

"Dalam keluarga itu, ada bapa, abang, mangsa dan adik mangsa. Ibunya sudah menghilangkan diri.

"Gadis bawah umur itu akhirnya dibawa ke balai polis selepas dia menceritakan hal itu kepada saudaranya.

"Laporan kes dibuat pada 6 Oktober, dua suspek telah didakwa dan kini ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Bhargav. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain