suria

Ceroboh masuk kandang nak curi anak, lelaki maut diserang bapa singa

Kakitangan menemui mayat di dalam kandang singa. foto ACCRA ZOO/Facebook

SEORANG lelaki maut diserang oleh seekor singa selepas cuba mencuri anak haiwan itu dengan menyelinap masuk ke dalam kandang zoo.

Penceroboh yang dipercayai berusia 30-an itu maut selepas dia melompat ke atas pagar keselamatan di Zoo Accra di Ghana.

Pegawai mengesahkan kakitangan menemui mayat lelaki itu di dalam kandang, pada petang Isnin.

Sementara itu, Agensi Suruhanjaya Perhutanan berkata: "Penceroboh itu diserang dan dicederakan oleh salah seekor singa, di pagar dalam kandang."

Dilaporkan bahawa seekor singa, seekor singa betina dan dua ekor anaknya ditemui selamat di dalam kandang susulan insiden tersebut.

Menurut Joy Online, lelaki itu menceroboh kawasan tersebut supaya dia boleh mengambil haiwan berkenaan.

Di sebalik dakwaan itu, pegawai berkata, motif penceroboh masih belum dapat ditentukan, lapor Daily Mail. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain