suria

Suara ghairah terlalu kuat, jiran dari seberang jalan pun dengar... Pengadu akui tidur terganggu

Pengadu berkata dia terdengar suara pasangan itu sehingga menganggu tidurnya.

SEORANG wanita bertindak membuat merakam video apabila jirannya menjerit dengan kuat semasa melakukan hubungan seks.

Suara kuat pasangan itu bergema di kawasan kediaman, malah dapat didengari oleh jiran mereka dari seberang jalan.

Wanita itu yang mengakui tidurnya terganggu gara-gara bunyi berkenaan turut memuat naik rakaman tersebut ke aplikasi TikTok.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 10,000 tontonan.

Menggunakan nama @thegirlwiththenoseandeyes, pemilik TikTok itu kedengaran cuba untuk tidak ketawa semasa merakam video yang dikongsi dengan kapsyen: "Netflix & Chill."

Selepas dikongsi ke TikTok, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka berhubung suara yang didengari dalam video 44 saat itu.

"Jika saya mendengarnya di luar tingkap saya, saya akan menangis."

"Bro seluruh kejiranan mungkin mendengarnya."

"Saya harap mereka tahu bahawa tingkap mereka terbuka," tulis beberapa pelayar TikTok yang lain. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain