suria

Gila makan ayam goreng mamak? Buat sendiri lagi senang

Ayam goreng mamak sentiasa menjadi pilihan penggemar nasi kandar.

KALAU pekena nasi kandar, ayam goreng mamak memang jadi pilihan bagi melengkapkan hidangan makanan tengah hari.

Ia mungkin hanya ayam goreng tetapi rempah ratus yang digunakan memang buat ketagih!

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah diet ke tu? Jom cuba resepi tofu kukus bersama udang dan sayuran!

Tapi sebenarnya senang sangat nak buat ayam goreng mamak ni. Lepas ni hari-hari boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya:

3 kilogram ayam yang dipotong

50 gram jus halia

100 gram jus bawang merah

50 gram jintan hitam

30 gram daun kari

150 gram cili hijau dipotong

3 biji telur

60 gram serbuk kunyit

30 gram serbut cili

50 gram serbuk kari daging

300 gram tepung jagung

150 gram tepung beras

Beberapa titis pewarna

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Campur kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Kemudian celupkan ayam dalam adunan itu sebelum diperap selama 3-4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.

Biarkan perapan itu berehat selepas dikeluarkan daripada peti ais selama 30 minit sebelum menggoreng dalam minyak panas.

Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan kari! - KUALI

Ayam Goreng, Mamak, Resepi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Nazri Aziz pula positif Covid-19