suria

Onde-onde ubi keledek bersaiz comel, enak dan menceriakan!

Manisan onde-onde ubi keledek sesuai untuk dibuat pencuci mulut.

PERNAHKAH anda makan kuih onde-onde atau buah Melaka? Onde-onde merupakan sejenis kuih tradisional yang sesuai untuk dijadikan hidangan pagi atau minum petang.

Kuih bersaiz comel ini semestinya menjadi kegemaran masyarakat tempatan. Mana tidaknya, kombinasi sempurna antara rasa manis gula dan ubi serta lemak masin kelapa parut pasti membuatkan anda terliur.

Jangan tak tahu ya, sebenarnya mudah sahaja cara menyediakan onde-onde!

Bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 biji ubi keledek

1 keping gula melaka (dipotong dadu)

1/2 biji kelapa putih (diparut)

1/2 cawan air

2 helai daun pandan (diikat)

2 cawan tepung pulut

Garam secukup rasa

Uli adunan hingga membentuk bulat.

Cara penyediaan:

Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk.

Setelah empuk, toskan dan lecek sehingga halus.

Masukkan air ke dalam periuk dan biar didih bersama daun pandan bagi menaikkan lagi aroma.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan tersebut.

Uli serta bentukkan adunan tersebut menjadi bulat. Kemudian, masukkan gula melaka ke dalam adunan tadi dan bentukkan bulat seperti bebola kecil.

Setelah air mendidih, masukkan beberapa biji bebola adunan tadi dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.

Bila ia timbul, menandakan onde-onde sudah masak. Akhir sekali, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Senang bukan? Onde-onde ubi keledek siap untuk dihidangkan...


kuih, onde-onde, ubi keledek

Artikel Lain