Bakar bahulu Kemboja hanya 17 minit... Wow!

Kuih tradisional Bahulu Kemboja, menjadi kegemaran masyarakat setempat.

JANGAN tak tahu ya! Sebut sahaja nama 'bahulu Kemboja' pastinya nostalgia kenangan zaman dahulu kembali melayari di minda masing-masing.

Mana tidaknya, bahulu Kemboja ini dahulunya boleh dikatakan merupakan makanan kegemaran oleh masyarakat dahulu terutamanya golongan veteran.

Bukan sahaja sesuai untuk hidangan sarapan, malah turut dihidangkan untuk minum petang serta makan malam bersama seisi keluarga.

Antara bahan-bahan yang perlu ada.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Air pandan (original)

1 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

Gula dan garam (secukup rasa)

1liter Santan

5 biji telur ayam

Bijan

Kesemua bahan-bahan diatas perlu di satukan dan kacau hingga aduanan sebati.

Untuk dapatkan pati pandan yang original:

Ikat dan tumbuk daun pandan sehingga lumat (jangan dipotong sebelum ditumbuk kerana akan menyebabkan ia berkecai sewaktu diperah nanti)

Kemudian rendam daun pandan yang telah lumat tadi dalam santan. Gaulkan sehingga santan bertukar menjadi warna hijau.

Seterusnya, tapis keluar hampas daun pandan sehingga mendapat cecair yang berwarna hijau.

Cara Penyediaan:

Masukkan santan, air pandan, tepung beras dan tepung gandum, gula, telur dan garam ke dalam bekas dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati. (Satukan kesemuanya)

Tapis adunan anda supaya ia tidak berketul.

Bakar menggunakan kaedah tradisional dengan meletakkan arang di atas acuan.

Panaskan acuan bahulu kemboja dan oles minyak supaya bahulu kemboja tidak lekat di acuan dan supaya bahulu itu garing di bahagian bawah.

Apabila minyak dan acuan cukup panas, tuangkan adunan tadi sehingga separuh atau tiga suku acuan.

Kemudian taburkan bijan secukupnya di bahagian atas.

Bakar adunan di atas dapur dengan api perlahan serta tutup bahagian atas acuan dengan arang.

Biarkan ia masak selama 10 hingga 17 minit atau hingga bahulu nampak perang di bahagian atas.

Sejukkan, potong dan hidang.

bahulu, kemboja, kuih

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain