suria

Masak lemak rebung ikan masin, memang umph! Anda pasti menjilat jari...

Bahan-bahan yang diperlukan.

SEBUT sahaja masak lemak rebung ikan masin, kecur liur penulis terbayang aroma serta kelazatan menu yang menjadi kegilaan masyarakat tempatan ini.

Ditambah pula menu ini dihidangkan bersama nasi putih panas, semestinya hidangan tengah hari anda terangkat!

Resipi masak lemak rebung ikan masin ini dikongsi oleh Puan Saliah Sahril  yang berasal dari Batang Kali, Selangor.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Rebung yang telah dijeruk selama 3hari

1 kg ikan masin Talang

4 Biji Bawang merah

Satu/dua Ulas Bawang Putih

Cili api (ikut citarasa)

2 biji kunyit hidup

2 helai daun kunyit

1 liter santan

Sebatang serai (diketuk hujungnya)

Garam (secukup rasa)

1/2 liter air


Terangkat! Apabila menu ini di makan bersama nasi putih panas.

Bahan-bahan kisar:

4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, cili api (ikut citarasa)

Cara Penyediaan:

Cuci ikan masin Talang dengan air bersih dan tumbuk atau kisar bahan-bahan tadi (cili api, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih).

Masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk/dikisar untuk ditumis bagi menaikkan aroma masakan.

Seterusnya, masukkan serai, jeruk rebung, air serta santan ke dalam periuk dan biar didihkan menggunakan api perlahan.

Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan masin Talang serta kacau rata.

Biarkan ia masak dalam 10 hingga 15 minit dengan api perlahan.

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit yang telah dipotong kedalam masakkan sebelum siap untuk dihidangkan.

resipi, masak lemak, rebung

Artikel Berkaitan

Artikel Lain