suria

Agar-agar sagu bersantan bersama kopi... Dia punya sedap sampai tak cukup sepinggan!

Agar-agar sagu bersama kopi enak dimakan sebagai minum petang.

AGAR-AGAR santan gula kelapa mungkin sudah biasa dimakan tapi pernah cuba agar-agar sagu bersantan bersama kopi?

Ha! Kalau belum pernah cuba, mungkin boleh cuba resepi ini pada hujung minggu ini untuk dihidangkan sebagai minum petang bersama keluarga. Sedap!

Bahan-bahannya:

50g sagu (direndam selama 15 minit)

700ml air

3 1/2 sudu makan serbuk agar-agar

120g gula perang

1 1/2 sudu makan serbuk koko

1/2 sudu makan serbuk kopi

2 sudu makan susu cair

1 sudu makan santan pekat

Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus biji sagu bersama air sehingga mengelegak. Kemudian padamkan api dan tutup periuk selama 10 minit sehingga sago kembang dan jernih. Bersihkan sago menggunakan air bersih dan letakkan ke tepi.

2. Campurkan 700ml air, gula, serbuk agar-agar, serbuk koko dan serbuk kopi dalam mangkuk. Didihkan di atas api sehingga semua bahan sebati.

3. Keluarkan 3/4 adunan agar-agar itu dan campurkan dengan susu cair, santan pekat dan garam. Gaul rata.

4. Manakala baki adunan agar-agar itu tambahkan sagu dan gaul rata.

5. Tuang adunan itu dalam bekas dan biarkan ia mengeras.

6. Selepas adunan jeli itu mengeras, tuangkan pula adunan pertama di atasnya dan masukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Resepi, Agar-agar, Kopi, Sago

Artikel Lain