suria

Sotong goreng tepung pembuka selera paling enak!

Sotong goreng tepung bukan sahaja mudah disediakan malah enak dimakan sebagai pembuka selera.

RAMAI orang suka makan sotong goreng tepung sebagai pembuka selera apatah lagi jika ia dicicah dengan sos cili manis ala Thai. Memang terangkat.

Pembuka selera yang ringkas ini bukan sahaja enak dimakan malah senang untuk disediakan.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung serbaguna

2 sudu makan garam

1 sudu makan paprika

1/4 sudu makan lada hitam

6 sudu minyak sayuran

340 gram sotong yang dipotong berbentuk cincin

Bahan pencicah dan hiasan:

2 sudu makan sos cili manis perisa Thai

Setengah biji lemon

Cara-cara membuatnya:

Campur tepung, garam, paprika dan lada hitam dan gaul sehingga sebati dalam mangkuk.

Panaskan minyak sayuran dalam kuali sehingga suhu mencecah 190 darjah celcius.

Celup sotong ke dalam adunan tepung sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

Goreng selama 3 hingga 4 minit sehingga sotong berwarna keemasan. Selepas masak taburkan garam untuk menambah rasa.

Hidang bersama sos cili manis perisa Thai dan perahan lemon. - KUALI

Artikel Lain