suria

Pekerja takut buat OT bunyi pelik di pejabat... Selepas tengok CCTV semua terkejut muncul kelibat

Bukan sekali malah banyak kali haruman yang dilekatkan pada dinding jatuh secara tiba-tiba.

"SIAPA yang kerap kerja balik malam, confirm kena kacau..." Demikian tulis seorang lelaki di Twitter sebelum bercerita mengenai kisah mistik yang berlaku di tempat kerja isterinya.

Zakuan Zaidi sewaktu dihubungi mStar mendedahkan kejadian sekitar bulan Julai lalu itu berlaku di sebuah pejabat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Mesra disapa Zaidi, dia mengakui pada mulanya sukar percaya tatkala mendengar cerita isterinya mengenai gangguan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Sendirian di ofis, jam 8.30 malam kerusi bergerak sendiri, "Saya letak cermin tapi asyik jatuh, bila letak kamera..."

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

Namun, dia berubah fikiran selepas menonton bukti rakaman CCTV yang ditunjukkan isterinya.

"Mula-mula dia (isteri) balik cerita, saya buat tak tahu, tak percaya. Siap buat lawak lagi. Esoknya dia tunjuk video CCTV.

Antara posting di Twitter Zakuan.

"Saya kata biar betul ni? Apabila saya post di Twitter, ada orang kata nampak lembaga seperti budak kecil, ada yang kata macam puntianak.

"Saya baca-baca komen, yang kata tak nampak apa-apa pun ada. Saya sendiri mulanya susah nak percaya, sebab tak pernah alami sendiri," ujarnya.

Tambah Zakuan, pekerja Bangladesh di pejabat isterinya turut mengalami gangguan mistik.

Ia menyebabkan mereka takut sehingga enggan bekerja lebih masa (OT) sehingga lewat malam.

"Mereka memang nak buat OT, tapi takut sebab selalu dengar macam ada bunyi sesuatu dalam pejabat. Pekerja Bangladesh ni di bahagian production, tapi mereka dengar macam ada orang kat dalam pejabat pada waktu malam.

Apabila chek CCTV tu baru la dorang dapat tengok kononnya ada asap, entiti atau lembaga dalam video tu.

ZAKUAN ZAIDI

"Antaranya bunyi kerusi dan meja, bunyi keyboard orang menaip dan bunyi printer. Ada juga pekerja Melayu yang nampak kelibat, tapi dia buat tak tahu.

"Makin buat tak tahu, makin dia kacau. Lepas tu ada kerani minta cek CCTV sebab bengang perfume di dinding selalu jatuh.

"Bila check CCTV tu baru la dorang dapat tengok kononnya ada asap, entiti atau lembaga dalam video tu," ujarnya lagi.

Tambahnya, ia seakan-akan tidak logik apabila botol haruman dinding itu sering terjatuh tanpa disentuh oleh sesiapa.

Antara komen netizen yang kononnya melihat entiti mistik dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Zakuan turut memuat naik video CCTV berkenaan ke laman Twitter miliknya sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

"Kalau perasan lepas je botol spray tu jatuh ada benda yang warna putih bergerak laju ke atas. Tak pasti sama ada saya je nampak atau orang lain pun perasan.

"Astarghfirullah aku nampk bayang-bayang. Lepas spray tu jatuh, ada bebola melintas laju," dakwa beberapa netizen.

Artikel Lain